NASIONAL

Subsidi petrol bersasar bermula 1 Jan 2020

Oct 7 2019 / Keadilan Daily

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Program Subsidi Petrol yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2020.

Menerusi program itu, kerajaan akan memberikan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.

Pemilik kereta akan menerima subsidi sebanyak RM30 sebulan dan RM12 sebulan bagi motosikal, katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dijangka seramai 2.9 juta bakal menerima manfaat daripada program subsidi tersebut, katanya.