NASIONAL

Kukuhkan ASEAN hadapi perang ekonomi AS-China

Sep 9 2019 / Keadilan Daily

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata, Malaysia akan terus mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN sebagai persediaan menghadapi perang ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia yakin bahawa bekerja dalam rangka kerja pelbagai hala merupakan cara terbaik untuk maju, untuk manfaat semua, katanya.

”Malaysia akan terus mengukuhkan hubungannya dengan rakan-rakan serantau ASEAN dan meneruskan kerjasama bagi membangun sinergi dengan negara China dan AS.

”Kami yakin bahawa pendekatan melalui kerangka multilateral itu adalah cara terbaik untuk memajukan kepentingan semua pihak, ” katanya.

Menurutnya, sikap Malaysia adalah mengambil keputusan untuk berkecuali daripada mana-mana tindakan unilateral dan sebaliknya akan menantikan hasil yang positif dan konstruktif apabila kedua-dua ekonomi terbesar dunia kembali ke meja rundingan pada awal Oktober yang akan datang.

"Daripada mengambil kedudukan satu phak dalam isu ini, kita menantikan hasil positif dan konstruktif apabila dua ekonomi terbesar di dunia itu kembali ke meja rundingan pada awal Oktober," katanya.