NASIONAL

Putrajaya selaraskan harga ubat

Sep 2 2019 / Keadilan Daily

Putrajaya dalam peringkat akhir mengenal pasti kaedah penyelarasan harga ubat bagi memastikan ia pada kadar berpatutan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Ekonomi, Saifuddin Nasution Ismail.

"Kementerian Kesihatan sedang menyenaraikan jenis-jenis ubat, yang dia nak letakkan kadar harga, harga berpatutan.

"Menteri Dr Dzulkefly Ahmad sedang meneliti, nanti dia akan buat pengumuman," katanya pada sidang media selepas pelancaran i-Keep di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya difahamkan bahawa Kementerian Kesihatan dalam peringkat akhir menentukan mekanisme untuk menyelaraskan harga ubat," tambahnya.

Pada Nov 2018, Dr Dzulkefly mengumumkan bahawa harga ubat akan dikawal melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Saifuddin berkata, kementeriannya, dengan 2,300 pegawai penguatkuasa, akan menjalankan penguatkuasaan untuk mengawal harga ubatan sebaik kawalan harga itu diperkenalkan.