NASIONAL

Ayuh turun demo besar-besaran anti GST esok, 2 April

Apr 1 2016 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 1 April: Demonstrasi besar-besaran anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan berlangsung esok, 2 April di Kuala Lumpur sempena memperingati ulang tahun pertama poket rakyat diperah membayar cukai rakus itu.

Demo-GST-w515Orang ramai diminta berkumpul di empat tempat berkumpul utama iaitu Masjid Kampung Baru, Jalan Sultan, Pasar Seni dan Sogo sebelum 2 petang untuk ke Dataran Merdeka.

"Jika ada kesempatan, malam ini sertai pra-perhimpunan di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KLSCAH) yang menemukan pimpinan utama Pakatan Harapan," kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam facebook.

Himpunan tersebut adalah bagi menyatakan kekesalan rakyat yang begitu terkesan dengan kenaikan kos kehidupan akibat pelaksanaan GST pada 1 April tahun lalu. Rakyat menuntut GST dimansuhkan atau sekurang-kurangnya dikurangkan kepada 3 peratus.