NASIONAL

Jadual Himpunan Solidariti di hadapan penjara Sungai Buloh

Feb 17 2015 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 17 FEB: Malam pertama selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh, penyokong Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim bersolidariti di depan pintu masuk penjara dengan slogan dan nyalaan lilin.

[caption id="attachment_65277" align="alignleft" width="300"]Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali bersama anak-anak Anwar; Mohd Ihsan, Nurul Nuha dan Nurul Iman mendoakan kesejahteraan dan kebebasan Anwar Ibrahim. #BebasAnwar #KitaLawan #March2Freedom Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali bersama anak-anak Anwar; Mohd Ihsan, Nurul Nuha dan Nurul Iman mendoakan kesejahteraan dan kebebasan Anwar Ibrahim. #BebasAnwar #KitaLawan #March2Freedom[/caption]

Ahli keluarga Anwar dilihat turut serta dalam perhimpunan yang melibatkan pelbagai lapisan kaum dan agama.

Pelbagai acara dilakukan seperti ceramah, bacaan puisi dan sebagainya. Perhimpunan akan diadakan sehingga Anwar dibebaskan dari kezaliman pemerintah.

Berikut jadual Cabang-cabang yang akan bersolidariti di hadapan penjara untuk malam ini dan seterusnya.

17 Feb Selasa 9-11pm
Cabang Sabak Bernam & Sg Besar

18 Feb Rabu 9-11pm
Cabang Ampang & Pandan

19 Feb Khamis 9-11pm
Cabang Tg Karang & Kuala Selangor

20 Feb Jumaat 9-11pm
Cabang Kapar & Puchong

21 Feb Sabtu 9-11pm
Cabang Kelana Jaya & PJS

22 Feb Ahad 9-11pm
Cabang Kuala Langat & Sepang

23 Feb Isnin 9-11pm
Cabang PJU/Ulu Langat

24 Feb Selasa 9-11pm
Cabang Serdang

* Minta kerjasama semua pihak jaga kebersihan kawasan