NASIONAL

Munajat Solidariti untuk Anwar 19 Feb, di surau depan penjara

Feb 17 2015 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 17 FEB: Munajat Solidariti memohon pembebasan Saudara Anwar Ibrahim akan diadakan Khamis ini, 19 Februari di Surau Nur Khalid di hadapan penjara Sungai Buloh.

munajatProgram yang bermula jam 7 malam itu dimulakan dengan solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yaasin dan tazkirah.

Kemudian, program diteruskan dengan solat Isyak sebelum Himpunan dan Persembahan yang bakal berlangsung selepas itu.

Program ini adalah anjuran bersama Wadah, Abim, Jawatankuasa March2Freedom, Cabang Tanjong Karang dan Cabang Kuala Selangor.

Ayuh mari beramai-ramai mendoakan pembebasan untuk Anwar.