NASIONAL

Jelajah Rakyat Hakim Negara malam ini (8 Feb) di Johor dan Melaka

Feb 8 2015 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 8 FEB: Jelajah Rakyat Hakim Negara menuju Hari Penentu 10 Februari akan diteruskan malam ini, 8 Februari di peringkat negeri Johor dan Melaka.

Di Johor, program dimulakan pada 8.30 malam di Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat Muar, Parit Tarom, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.

POSTERManakala di Melaka pula, program yang bermula 9 malam itu akan berlangsung di Perkarangan Pejabat Majlis Pimpinan Negeri di Jalan BPM1, Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Piatu.

Pemimpin KEADILAN yang bakal menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli selain yang ditunggu-tunggu, Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim.

Ceramah Grand Finale Jelajah Rakyat Hakim Negara ini akan diteruskan untuk kali terakhir malam esok, 9 Februari di Padang Timur, Petaling Jaya, bermula 9 malam.

Keesokannya pula, keputusan yang dinanti-nanti berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi pertuduhan sodomi ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lepas akan diketahui di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Rakyat dialu-alukan hadir ke ceramah ini dan seterusnya berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi Selasa ini memberi sokongan kepada Anwar, yang menjadi mangsa fitnah pemerintahan Umno Barisan Nasional.