NASIONAL

Malam ini (4 Feb) Anwar di Masjid Bukit Beruntung, ceramah di Tanjung Malim

Feb 4 2015 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 4 FEB: Jelajah Rakyat Hakim Negara - Hari Penentu 10 Februari diteruskan malam ini di peringkat negeri Selangor dengan dimulakan dengan tazkirah dan solat hajat di Bukit Beruntung.

Hakim NNegaraBakal menyampaikan tazkirah tersebut sudah tentu Saudara Anwar Ibrahim, mangsa kezaliman kerajaan Umno Barisan Nasional.

Hadir sama pada program yang berlangsung di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Apartment Kenangan, Taman Bunga Raya itu adalah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Tazkirah dijadual bermula pada 7 malam.

Selepas itu, kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat itu akan bergegas ke Dataran Berop Tanjung Malim, Perak untuk menyampaikan ceramah perdana yang dijadual bermula jam 9.

Lain-lain pemimpin yang turut sama berceramah antaranya Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan juga Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kehadiran penduduk sekitar dan berhampiran bagi kedua-dua program ini dialu-alukan.