NASIONAL

Jelajah Rakyat Hakim Negara gegar Terengganu malam ini (3 Feb)

Feb 3 2015 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 3 FEB: Siri Jelajah Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Februari diteruskan malam ini di Terengganu.

Hakim NNegaraProgram yang dijadual bermula pada 9 malam itu akan berlangsung di Perkarangan Pejabat KEADILAN Kemaman, Jalan Jakar, Cukai.

Rakyat dijemput beramai-ramai mendengar dan menyaksikan penampilan Saudara Anwar Ibrahim pada jelajah kali ini yang mungkin untuk kali terakhir.

Ini kerana pelbagai kemungkinan apabila keputusan bagi kes rayuan Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN itu diumumkan pada Selasa depan.

Pimpinan yang turut menyampaikan ceramah antaranya, Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.